Sabtu, 20 November 2021 | 11:02pm
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan BN dalam PRN Melaka di Ayer Keroh. - NSTP/Asyraf Hamzah
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan BN dalam PRN Melaka di Ayer Keroh. - NSTP/Asyraf Hamzah

BN menang 20 kerusi, kiraan semula di DUN Pengkalan Batu

AYER KEROH: Data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Barisan Nasional (BN) memenangi 20 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat ini.

Statistik keputusan PRN Melaka yang dipaparkan di ibu pejabat SPR negeri itu menunjukkan Pakatan Harapan (PH) hanya menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) pula mendapat dua kerusi.

Setakat ini, keputusan daripada 27 kerusi sudah diterima dan dimuktamadkan, dan hanya satu kerusi saja lagi yang masih belum selesai iaitu DUN Pengkalan Batu.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memaklumkan PH meminta kiraan semula dibuat di DUN Pengkalan Batu dan Duyong kerana majoriti undi yang terlalu tipis.

Namun, statistik keputusan PRN Melaka oleh SPR menunjukkan kerusi DUN Duyong disahkan tetap dimenangi calon BN.

Setakat ini, PH hanya menang di DUN Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Kesidang dan Bukit Katil.

Empat daripada kerusi itu diwakili calon DAP, manakala kerusi Bukit Katil dimenangi wakil AMANAH, Adly Zahari.

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X