Sabtu, 20 November 2021 | 9:29pm
Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara (dari kanan) Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN). Ab Rauf menang DUN Tanjung Bidara apabila memperoleh 3,559 undi berbanding 3,195 undi oleh Mas Ermieyati. - foto BERNAMA

Nama besar 'tersungkur' di PRN Melaka

MELAKA: Beberapa nama besar yang bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal menepati ramalan apabila segelintir daripadanya tewas di tangan lawan.

Berkemungkinan disebabkan faktor peratusan keluar mengundi yang rendah dan peralihan sokongan, nama-nama besar seperti calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (PH-Asahan) serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka.

Bagaimanapun, keputusan setakat jam 8 malam tadi menyaksikan calon UMNO bagi DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengalahkan pesaingnya dengan memperoleh 3,559 undi berbanding 3,195 undi oleh Mas Ermieyati.

Barisan Nasional (BN) juga melakar kejutan menerusi calonnya daripada MCA, Ngwe Hee Sem apabila merampas DUN Machap Jaya daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 909 undi.

Calon tunggal MIC, P Shanmugam turut melakar kejayaan di DUN Gadek selepas mengetepikan calon PH daripada DAP, G Saminathan dengan majoriti 559 undi.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di

https://www.myundi.com.my

Berita Harian X