Sabtu, 20 November 2021 | 9:10pm
Mohd Rafiq ketinggalan di DUN Telok Mas. FOTO NSTP
Mohd Rafiq ketinggalan di DUN Telok Mas. FOTO NSTP

Mohd Rafiq ketinggalan di Telok Mas

MELAKA: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hampir pasti tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.

Setakat jam 8.50 malam tadi, kiraan kertas undi bagi DUN Telok Mas menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman jauh mendahului dengan 5,897 undi.

Jumlah itu membolehkan Abdul Razak mendahului dengan 2,840 undi setakat ini, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat yang mendapat 3,057 undi.

Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden BERSATU pula ketinggalan di tempat ketiga apabila hanya memperoleh 3,051 undi, manakala calon Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohammad sekadar mendapat 151 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Telok Mas dimenangi oleh calon BERSATU yang ketika itu bersama PH, Datuk Noor Effandi Ahmad dengan majoriti 1,288.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X