Sabtu, 20 November 2021 | 8:41pm
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya diiringi anggota Polis Diraja Malaysia membawa masuk peti undi pertama yang tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi DUN N.15 Pengkalan Batu pada PRN Melaka 2021 di Dewan Bistari Ayer Keroh hari ini. - Foto BERNAMA

BN sudah menang 9 kerusi, 5 kerusi hampir pasti dalam tangan

MELAKA: Sehingga jam 8.30 malam ini, Barisan Nasional (BN) sudah menguasai sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam PRN Melaka.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN sudah menang di kerusi berikut:
1 - Kuala Linggi
2- Tanjung Bidara
3- Ayer Limau
4- Lendu
5- Gadek
6- Machap Jaya
7- Durian Tunggal
8- Kelebang
9- Merlimau

Sementara kerusi hampir pasti menang:
1- Telok Mas
2- Sungai Rambai
3- Ayer Molek
4- Rim
5- Duyong

Bagi PH pula, mereka setakat ini hampir pasti menang di kerusi berkenaan:
1- Kota Laksamana
2- Bukit Katil
3- Bandar Hilir

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X