MELAKA: Barisan Nasional (BN) merampas DUN Machap Jaya daripada Pakatan Harapan (PH) selepas calonnya menang dengan memperoleh 909 undi majoriti.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon BN, Ngwe Hee Sem daripada MCA memperoleh 3685 undi, mengatasi calon PH, Law Bing Haw yang memperoleh 2776 undi.
Dalam saingan itu, calon parti IMAN, Abdul Aziz Osani Kasim (163), calon Bebas, Azlan Daud (98) dan Tai Siong Jiul daripada PN yang memperoleh 1184 undi.
Pada PRU 2018, PH memenangi kerusi berkenaan menerusi calonnya, Datuk Ginie Lim Siew Lin dengan majoriti 1,336 undi.
Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my