Sabtu, 20 November 2021 | 8:23pm
Sulaiman (kiri) mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini. - Foto BERNAMA
Sulaiman (kiri) mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini. - Foto BERNAMA

Tak rasmi: Sulaiman pertahan DUN Lendu

MELAKA: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Setakat jam 8.10 malam tadi, kiraan kertas undi bagi DUN Lendu sudah berakhir dengan Sulaiman memperoleh 4,521 undi, sekali gus menang dengan majoriti 3,139 undi.

Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan calon Perikatan Nasional (PN) Abdullah Mahadi meraih 1,382 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Asri Ibrahim memperoleh 1,155 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Lendu turut dimenangi Sulaiman yang memperoleh majoriti 627 undi.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X