Sabtu, 20 November 2021 | 8:05pm

Keputusan tak rasmi Ab Rauf menang di Tanjung Bidara

MELAKA: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi DUN Tanjung Bidara selepas calonnya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Pengerusi UMNO Melaka itu memperoleh 3559 undi mengatasi calon pencabar terdekat yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu yang memperoleh 3195 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, Zainal Hassan pula hanya memperoleh 489 undi.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - BERNAMA
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - BERNAMA
Berita Harian X