Sabtu, 20 November 2021 | 8:04pm
Ab Rauf. FOTO NSTP
Ab Rauf. FOTO NSTP

Sulaiman, Adly mendahului, Mas Ermieyati ketinggalan

MELAKA: Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari dilihat mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil ketika proses kiraan undi masih berlangsung.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 7.30 malam, 40 dari 59 saluran yang selesai dikira, Adly yang juga Pengerusi PH Melaka mendahului dengan 4,401 undi mengatasi BN (3,757), PN (2,396) dan calon Bebas, sebanyak 81 undi.

Sementara itu, keputusan rasmi di DUN Tanjung Bidara menunjukkan calon BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendahului calon Ketua Menteri dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermiyati setakat ini meraih 3,195 undi di belakang Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka, yang memperoleh 3,559 undi diikuti calon PH, Zainal Hassan sebanyak 489 undi.

Keputusan tidak rasmi di DUN Tanjung Bidara itu membabitkan tujuh daripada 23 saluran mengundi.

Sementara di DUN Lendu yang menampilkan calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terus mendahului dengan 3,293 undi mengatasi dua lagi pencabar, masing-masing memperoleh 908 undi (PN) dan 777 undi bagi calon PH.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X