Sabtu, 20 November 2021 | 7:38pm
Datuk Norhizam Hassan Baktee. - BERNAMA
Datuk Norhizam Hassan Baktee. - BERNAMA

'YB Beliau' dilihat sukar cipta kejutan

MELAKA: Datuk Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, dilihat sukar mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia berikutan keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau masih jauh ketinggalan berbanding calon mewakili blok parti utama seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Norhizam hanya bermotosikal ketika mengundi di SRA JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam. - NSTP/Amir Mamat
Norhizam hanya bermotosikal ketika mengundi di SRA JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam. - NSTP/Amir Mamat

Setakat jam 7.25 petang tadi, keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Datuk Kalsom Nordin mendahului dengan 1,253 undi dan diekori rapat calon PH, Muhamad Danish Zainudin yang menerima 1,149 undi.

Ia disusuli calon PN, Mohd Azrudin Md Idris yang mendapat 620 undi dan kemudian Norhizam yang dikenali sebagai 'YB Beliau' dan 'YB Viral' dengan 304 undi, manakala calon PUTRA, Dr Mohd Aluwi Sari hanya mendapat 27 undi.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X