Sabtu, 20 November 2021 | 7:31pm
Calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Bakri Jamaluddin.
Calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Bakri Jamaluddin.

PN beri saingan sengit kiraan undi awal

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) dilihat memberi saingan sengit di beberapa kerusi ditandingi gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Antaranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang di mana PN berjaya meraih 1,602 undi dalam penjumlahan awal tidak rasmi setakat ini, menyaingi PH yang hanya berkelebihan sembilan undi.

Bagaimanapun, BN mendahului di kerusi berkenaan dengan 2,035 undi berdasarkan kiraan undi di 21 daripada 47 saluran mengundi setakat ini.

PN mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin di Klebang, berdepan penyandang daripada DAP yang mewakili PH, Datuk Gue Teck dan calon BN, Datuk Lim Ban Hong.

Kerusi lain berjaya disaingi PN yang meletakkan calon di semua 28 kerusi DUN adalah Ayer Limau, Sungai Udang, Telok Mas, Bemban dan Serkam.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X