Sabtu, 20 November 2021 | 7:22pm
- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

DUN Rim sengit, BN mendahului

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menyaksikan pertembungan sengit antara ketiga-tiga calon bertanding, dengan jumlah undi tidak rasmi ketika ini menunjukkan jumlah tidak jauh berbeza diterima calon.

Setakat jam 7.09 malam tadi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar mendahului dengan 2,766 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman pula memperoleh 1,560 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), B Prasanth Kumar dengan 1,558 undi.

DUN Rim mempunyai 13,672 pengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), calon BN, Datuk Ghazale Muhamad menang di DUN Rim dengan majoriti 536 menewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) dan Kintan Man (PAS).

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X