Sabtu, 20 November 2021 | 7:08pm

PH dominasi sebahagian besar kerusi DUN disandang

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) melalui DAP mendominasi sebahagian besar kerusi yang disandang berdasarkan jumlah kiraan undi awal tidak rasmi setakat ini.

Setakat jam 6.55 petang tadi, PH mendahului kiraan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selepas memperoleh 3433 undi, jauh mengatasi pencabar terdekat daripada BN yang memperoleh 1,173 undi, manakala PN pula 765 undi.

Di DUN Kota Laksamana, PH jauh meninggalkan BN dan PN dengan 1,167 undi, manakala BN dan PN, masing-masing memperoleh 111 dan 54 undi.

PH juga mendahului di kerusi DUN Bukit Katil yang disandang bekas Ketua Menteri, Adly Zahari daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), selain DUN Duyung dan Gadek yang disandang DAP.

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Berita Harian X