Sabtu, 20 November 2021 | 4:26pm
Dira memilih mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 pada sebelah petang. - NSTP/Ahmad Suhael Adnan
Dira memilih mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 pada sebelah petang. - NSTP/Ahmad Suhael Adnan

Dira tinjau kawasan sebelum mengundi

MERLIMAU: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, menjadi antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terakhir yang mengundi, hari ini.

Khaidhirah atau Dira yang berbaju kurung biru muda, tiba di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, di sini, jam 3.10 petang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tidak seperti tradisi calon bertanding yang memilih hadir awal ke pusat mengundi, Khaidhirah memilih untuk meninjau proses pengundian di DUN Rim terlebih dulu.

"Saya rasa lega selesai mengundi. Saya mengundi lewat kerana meninjau kawasan saya terlebih dulu dan Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

"Walaupun sedikit berbeza dengan tradisi calon mengundi awal pagi, ia tidak menjadi masalah selagi saya sempat menjalankan tanggungjawab sebelum waktu mengundi berakhir.

"Lebih penting, saya lihat jumlah keluar mengundi agak memberangsangkan, namun berasa lebih ramai akan keluar mengundi dalam tempoh berbaki sekitar satu jam lebih ini," katanya ketika ditemui, hari ini.

Dira berdepan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Prasanth Kumar Brakasam serta calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Srikandi BERSATU Melaka, Azalina Abdul Rahman.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang di DUN Rim dengan majoriti kecil 536 menerusi Datuk Ghazale Muhamad, yang menewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) dan Kintan Man (PAS).

Berita berkaitan:

  • LANGSUNG proses pengundian PRN Melaka
  • Mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
  • Berita Harian X