Sabtu, 20 November 2021 | 11:33am
Calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lih Jen Klebang.
Calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lih Jen Klebang.

Cikgu Ali yakin BN menang

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yakin parti itu akan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Katanya, berdasarkan 'mood' pengundi beliau melihat rakyat mahukan kerajaan yang kukuh dan stabil dari segi politik kerana apa yang berlaku sebelum ini menjadi igauan ngeri rakyat Melaka.

"Rakyat sudah sedar hanya BN yang sekian lama banyak berbakti dan berjuang serta membela nasib mereka di negeri ini.

"Insya-Allah, BN akan memenangi PRN dengan cemerlang dan mendapat mandat besar daripada rakyat negeri ini.

"Berdasarkan laporan, maklumat dan analisa yang dibuat, kita (BN) dijangka memenangi lebih 18 kerusi pada PRN kali ini," katanya.

Terdahulu, Mohamad Ali yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lih Jen Klebang di sini.

Berita berkaitan:

  • href="https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/889571/langsung-proses-pengundian-prn-melaka">LANGSUNG proses pengundian PRN Melaka

  • Berita Harian X