Sabtu, 20 November 2021 | 9:58am

Sulaiman teruja mengundi di sekolah, kelas sendiri

MASJID TANAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali teruja apabila mengundi di kelasnya sendiri.

Sulaiman berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun (K) adalah tempat beliau bersekolah dari Tahun Satu hingga Enam dan kembali semula ke kelas sama untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam memilih kerajaan Melaka.

"Saya gembira apabila berpeluang sekali lagi mengundi di sekolah dan kelas saya sendiri.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan saya di saluran tiga dan lokasi pengundian di kelas sama ketika saya Tahun Tiga.

"Kebetulan pula saya adalah calon ketiga dalam kertas undi," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Sulaiman bersama isteri, Datin Seri Munira M Yusop tiba di SK Durian Daun (K) pada jam 8.45 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawab 15 minit kemudian.

Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Lendu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

Pada PRN Melaka, Sulaiman dicabar calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Berita berkaitan:

  • LANGSUNG proses pengundian PRN Melaka
  • Galeri Mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
  • Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengundi di SK Durian Daun (K). - Foto NSTP/Ekhwan Haque Fazlul Haque
    Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengundi di SK Durian Daun (K). - Foto NSTP/Ekhwan Haque Fazlul Haque
    Berita Harian X