MELAKA: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bermula jam 8 pagi ini di 217 pusat pengundian membabitkan 1,109 saluran bagi memilih 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu.
Sejumlah 476,037 pengundi berdaftar pada PRN Melaka layak untuk mengundi di antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang ini.
Selasa lalu, 89.9 peratus daripada 10,191 anggota tentera dan pasangan; polis (2,349) dan pengundi tidak hadir (PTH) luar negara (106) sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi secara pos.
Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses pengundian daripada petugas kami, Ahmad Naim Tahir, Badrul Hizar Ab Jabar, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Mohd Nasaruddin Parzi, Ahmad Suhael Adnan, Amir Mamat, Nazri Abu Bakar, Hassan Omar, Nuraliawati Sabri, Asyraf Hamzah dan Syafeeq Ahmad di beberapa pusat pengundian.
5.40 petang: Sekarang proses kiraan kertas undi sedang berjalan di 217 pusat mengundi bagi PRN Melaka
5.30 petang: Semua 217 pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup
4.56 petang: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 61 peratus setakat jam 4 petang - SPR
3.53 petang: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 57 peratus setakat jam 3 petang - SPR
3.10 petang: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1.
#PRNMelaka
3.10 petang: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1. pic.twitter.com/rJZGVbidEM— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2021
2.43 petang: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 50 peratus setakat jam 2 petang - SPR
Untuk keputusan TIDAK RASMI dan RASMI #PRNMelaka ikuti portal mini BH di https://t.co/2A98wHMPfN dan di https://t.co/3S4NeeMCkP pic.twitter.com/NnaX888r43
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2021
1.36 tengah hari: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 43 peratus setakat jam 1 tengah hari - SPR
Melaka: Polis Melaka sedang menyiasat berkaitan satu paparan di laman sosial mengenai tindakan memuat naik kertas undi dipercayai ketika proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata tindakan pihak terbabit dikesan oleh pasukan pemantau media sosial sebelum tindakan susulan diambil."Pasukan pemantau media sosial mengesan terdapat satu 'posting' yang mengambil gambar kertas undi dan perkara itu menjadi satu kesalahan.
1 tengah hari: Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Rafee Ibrahim dalam sidang media memaklumkan wakilnya membuat laporan polis selepas ejen pusat mengundi parti itu diarah keluar dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja.
12.59 tengah hari: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 36 peratus setakat jam 12 tengah hari - SPR
11.41 pagi: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 27 peratus setakat jam 11 pagi - SPR
10.57 pagi: Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil.Ia adalah lawatan keduanya hari ini selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh sekitar jam 10.15 pagi tadi.
10.49 pagi: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah 17 peratus setakat jam 10 pagi - SPR
10.05 pagi : CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen selesai mengundi di Kompleks Sukan Komuniti Melaka, Krubong. STR/NURALIAWATI SABRI.
10.22 pagi: Cuaca hari ini pada sebelah pagi diramal mendung di semua tiga daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah serta ribut petir pada waktu petang di semua kawasan - Jabatan Meteorologi Malaysia
10.15 pagi: Peratusan keluar mengundi sebanyak tujuh peratus setakat 9 pagi - SPR
9.52 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sejumlah tujuh peratus daripada 476,037 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah keluar mengundi setakat jam 9 pagi.
9.15 pagi : CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tiba di Pusat Mengundi di Kompleks Sukan Komuniti Krubong dengan ditemani isteri.
9.07 pagi : Calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin meninjau ke pusat mengundi di SK Jeram, tempat mengundi bagi pencabarnya yang juga calon BN, Datuk Seri Rauf Yusoh.
9.00 pagi: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Asahan menaiki motosikal bagi membuang undi di Saluran 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Li Jen Klebang ditemani isteri Datin Seri Fadilah Abdullah di disini.
9.00 pagi: Calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanah
9.00 pagi: Calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanah
8.55 pagi: Bekas kakitangan RTM Melaka, Fajar Hasan, 91 (kanan) dan isteri, Che Ta Md Som, 89, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka, hari ini.
8.50: Calon DUN Sungai Udang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad membuang undi di Sekolah Jenis Kebamgsaan (C) Lih Jen Klebang.
8.45 pagi: Calon BN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di SK Durian Daun, Masjid Tanah untuk mengundi
8.43 pagi : Calon BN DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh selesai mengundi di pusat pembuangan undi di SK Jeram.
8.30 pagi : Calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin selesai mengundi di SK Ramuan China Besar. Beliau kemudian sempat bertemu media sebelum beredar meninggalkan pusat mengundi
8.25 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari dan isteri, Dalilah Awaludin, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal. Kedua-duanya adalah pengundi luar DUN Bukit Katil.
8.25 pagi: Warga emas Sarah Seman 83 selesai membuang undi di SJK (C) Lih Jen Klebang
8.20 pagi: Abdul Rahim Yaacob, 57, yang masih dirawat akibat angin ahmar dibawa menaiki ambulans untuk mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanah
8.17 pagi : Calon BN DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh tiba di pusat pembuangan undi di SK Jeram.
8.12 pagi: Warga emas, Maimun Hassan, 78, menjadi pengundi pertama yang selesai mengundi di SK Durian Daun, Masjid Tanah
8.07 pagi : Pengundi warga emas di DUN Tanjung Bidara, Mohd Anip antara terawal tiba di pusat mengudi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram untuk mengundi dalam PRN Melaka.
8.06 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari, tiba di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
8 pagi: Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka dan pengundi mula dibenarkan masuk untuk menjalankan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
7.51 pagi: Pengundi sudah mula hadir di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah untuk membuang undi bermula jam 8 pagi
7.45 pagi: Sejumlah pengundi mula beratur di hadapan Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan menunggu pusat pengundian itu dibuka pada jam 8 pagi untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.