Isnin, 8 November 2021 | 9:47am
Calon Perikatan Nasional N.04 Lendu, Mejar (B) Abdullah Mahadi tiba pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon Perikatan Nasional N.04 Lendu, Mejar (B) Abdullah Mahadi tiba pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon Barisan Nasional N.04 Lendu,Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon Barisan Nasional N.04 Lendu,Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon PAS, Mohammad Alhafiz tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon PAS, Mohammad Alhafiz tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon Pakatan Harapan, Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon Pakatan Harapan, Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon Barisan Nasional, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon Barisan Nasional, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon Pakatan Harapan N.04 Lendu, Mohamad Asri Ibrahim (tengah) tiba pada hari penamaan calon PRN N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon Pakatan Harapan N.04 Lendu, Mohamad Asri Ibrahim (tengah) tiba pada hari penamaan calon PRN N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah. - Foto Asyraf Hamzah
Calon BEBAS, Abdul Hamid Mustapah (kanan) tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Calon BEBAS, Abdul Hamid Mustapah (kanan) tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Pegawai SPR memberi taklimat kepada calon DUN Pantai Kundor di SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling.
Pegawai SPR memberi taklimat kepada calon DUN Pantai Kundor di SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling.
Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.
Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.
Dari kiri; Calon BEBAS, Abdul Hamid Mustapah, calon Perikatan Nasional, Mohammad Alhafiz, calon Pakatan Harapan, Adly Zahari dan calon Barisan Nasional, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin selepas lulus penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeed Ahmad

LANGSUNG penamaan calon PRN Melaka

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula dengan proses penamaan calon bagi semua 28 kerusi pagi ini.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses penamaan calon daripada petugas kami di beberapa pusat penamaan calon.

-----------------------------------------------------------------------------------

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memberi tumpuan dan meneruskan agensi pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu sebagai hub pendidikan Melaka, selain menaik taraf insfrastruktur dan pembangunan belia

3.01 petang: Individu yang positif COVID-19 atau perlu menjalani kuarantin di rumah atau hospital, tidak dibenarkan hadir ke pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini - SPR

2.58 petang: Polis Melaka menerima tiga laporan berhubung kehadiran penyokong di luar pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) yang berlangsung di negeri ini dari jam 9 hingga 10 pagi tadi. Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, tiga laporan itu membabitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Tanjung Bidara dan Kota Laksamana.

Calon BN bagi DUN N2 Tanjung Bidara, Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara hari ini. - Foto BERNAMA

1.06 tengah hari: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menggesa pihak berkuasa memperincikan secara jelas prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. SOP diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kesukaran kepada jentera dan calon untuk berkempen

12.49 tengah hari: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 112 calon daripada pelbagai parti politik dan individu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri itu ditutup pada jam 10 pagi tadi - SPR

Petugas SPR sedang menguruskan dokumen calon-calon ketika hari pencalonan di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Petugas SPR sedang menguruskan dokumen calon-calon ketika hari pencalonan di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad

12.46 tengah hari: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan pertandingan antara tiga hingga enam penjuru di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas proses penamaan calon berakhir pada jam 10 pagi tadi. - SPR

12.42 tengah hari: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 112 calon daripada pelbagai parti politik dan individu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri itu ditutup pada jam 10 pagi tadi

12.41 tengah hari: Calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya dibenarkan untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang, simbol parti dan gambar pemimpin parti yang diwakili, termasuk lambang, simbol dan gambar pemimpin parti komponen yang berdaftar secara rasmi - SPR

12.38 tengah hari: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam bermula dari 8 November sehingga 21 November 2021. Nombor hotline yang boleh dihubungi untuk sebarang aduan di talian 06-2896000 atau 06-2896011

12.33 tengah hari: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PKKPR) untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen - SPR

12.26 tengah hari: Calon tertua dan termuda yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berusia 68 dan 21 tahun masing-masing di DUN Pengkalan Batu dan DUN Sungai Rambai - SPR

Calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee (tiga dari kanan) antara yang kehilangan wang deposit selepas hanya meraih 1,218 undi. - Foto Bernama
Calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee (tiga dari kanan) antara yang kehilangan wang deposit selepas hanya meraih 1,218 undi. - Foto Bernama

12.23 tengah hari: Tiga DUN saksikan pertandingan enam penjuru, lima DUN (lima penjuru), 9 DUN (empat penjuru), 11 DUN (tiga penjuru) - SPR

12.22 tengah hari: Daripada 112 calon, 96 adalah calon lelaki dan 16 calon wanita - Pengerusi SPR

12.20 tengah hari: Pecahan calon PRN Melaka: BN (28 calon), PN (28 calon), PH (28 calon), PUTRA (5 calon), PIMA (satu calon), Bebas (22 calon) - Pengerusi SPR

Calon-calon DUN N2 Tanjung Bidara (dari kanan) Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) bergambar di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara hari ini. - Foto BERNAMA

12.18 tengah hari: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan Manifesto BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diumumkan Rabu ini, bertempat di kediamannya di Tanjung Bidara, Masjid Tanah

12 tengah hari: Semua majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan diadakan di negeri ini dari 4 November hingga 27 November depan. Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Melaka menerusi kenyataan Pelan Pemulihan Negara (PPN) prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat yang dikemas kini semalam memaklumkan selain itu, semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya turut dilarang bermula 25 Oktober lalu hingga 27 November ini. Turut tidak dibenarkan adalah sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai ke suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan terhadap arahan Ketua Pengarah Kesihatan. Bagaimanapun, mesyuarat parti di Melaka dibenarkan bagi individu yang lengkap divaksin tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan pematuhan penjarakan fizikal. Menurut MKN, sidang media selepas mesyuarat parti juga dibenarkan dengan pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Calon N.04 Lendu dari kiri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN), Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH) diumumkan secara rasmi sebagai calon PRN Melaka DUN Lendu. - Foto Asyraf Hamzah
Calon N.04 Lendu dari kiri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN), Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH) diumumkan secara rasmi sebagai calon PRN Melaka DUN Lendu. - Foto Asyraf Hamzah

11.34 pagi: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memberi tumpuan dan meneruskan agensi pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu sebagai hub pendidikan Melaka, selain menaik taraf insfrastruktur dan pembangunan belia

11.30 pagi: Polis mulakan siasatan berhubung tindakan calon PH yang membawa penyokong di luar pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) Kompleks Komuniti Desa, Telok Mas. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Rais Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi

11.20 pagi : Kerusi DUN Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN, PN, PH dan tiga calon Bebas. Ia membabitkan Fairul Nizam Roslan (BN), Danesh Basil (PN), Datuk Seri Idris Haron (PH) dan tiga calon Bebas ialah Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

Polis buka satu kertas siasatan berhubung tindakan calon Pakatan Harapan (PH) yang membawa penyokong di luar pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) Kompleks Komuniti Desa, Telok Mas, di sini.

10.01 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rim, Ahmad Khairul Nazli Abu Ishak mengumumkan pencalonan bagi DUN Rim ditutup secara rasmi.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lendu, Haidir Harun mengumumkan pencalonan bagi kerusi DUN Lendu ditutup

8:35 pagi: Calon dari parti PUTRA, Mohamad Hashidi Mohd Zin, tiba paling awal di Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput

8:35 pagi: Calon PH yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan kolej Komuniti Selandar

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (kanan) bersama lima calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. - Foto Nazri Abu Bakar
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (kanan) bersama lima calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. - Foto Nazri Abu Bakar

8.08 pagi: Tiga calon memasuki pusat penamaan calon DUN Tanjung Bidara di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini.

Anggota polis sedang mengawasi laluan masuk ke Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil di Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
Anggota polis sedang mengawasi laluan masuk ke Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil di Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad

Polis beri amaran jangan bawa penyokong, berhimpun, berarak. Polis menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses PRN Melaka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan SPR.

Calon Pakatan Harapan bagi DUN N2 Tanjung Bidara, Zainal Hassan (dua, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan JAPERUN Tanjung Bidara. - Foto BERNAMA
Calon Pakatan Harapan bagi DUN N2 Tanjung Bidara, Zainal Hassan (dua, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan JAPERUN Tanjung Bidara. - Foto BERNAMA

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainal Hassan paling awal tiba kira-kira jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Berita Harian X