Jumaat, 22 Oktober 2021 | 5:27pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - NSTP/ARKIB
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - NSTP/ARKIB

Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 PPN Isnin - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju membenarkan Johor dan Terengganu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bemula 25 Oktober.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peralihan fasa itu mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

"Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Peralihan fasa bagi dua negeri itu menjadikan sembilan negeri sudah berada dalam Fasa 4 PPN, manakala tujuh lagi negeri masih berada dalam Fasa 3.

Berita Harian X