Rabu, 13 Oktober 2021 | 2:34pm

COVID-19: 7,950 kes baharu dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,950 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 2,361,529 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatat sedikit peningkatan berbanding 7,276 kes baharu, semalam.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my," katanya melalui Facebook, di sini.

Berita Harian X