Ahad, 26 September 2021 | 9:01pm
- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

2 lokaliti di Pahang kena PKPD

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Pahang, iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Selasa ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata lokaliti terbabit dikenakan PKDP sehingga 11 Oktober ini.

"Setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, MKN turut mengumumkan penamatan PKPD di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, esok 27 September.

Berita Harian X