Ahad, 19 September 2021 | 3:31pm
Rina (dua, kanan) meninjau taska yang akan beroperasi dalam negeri-negeri Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok di Taska Nur Hidayu Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi hari ini.Turut sama Pengusaha Taska Nur Hidayu, Sabariah Abu (tiga, kanan). - foto BERNAMA

Hampir 9,000 kakitangan taska lengkap divaksin

SEPANG: Kira-kira 70 peratus atau 8,895 daripada 12,545 kakitangan taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Beliau yang berpuas hati dengan perkembangan itu, berkata seramai 1,853 kakitangan taska pula telah menerima satu dos suntikan COVID-19 hingga 17 September lalu manakala 1,797 kakitangan lagi sedang menunggu janji temu untuk mendapatkan suntikan.

"Saya minta pengusaha taska untuk pastikan SOP (prosedur operasi standard) dipatuhi bagi memastikan persekitaran taska selamat untuk kanak-kanak," katanya selepas meninjau persediaan operasi taska hari ini.

Rina (depan tiga kiri) bersama Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Nur Hidayu, Sabariah Abu (depan tiga, kanan) dan kakitangan selepas meninjau dan pemantauan taska yang akan beroperasi dalam negeri-negeri Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok di Taska Nur Hidayu Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi hari ini. - fotoBERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 September mengumumkan tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September.

Rina berkata, 2,618 pengusaha taska di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Taska di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disediakan untuk kelangsungan operasi taska berdaftar JKM.

Katanya, bayaran sudah dibuat mulai 1 September lalu yang menyediakan bantuan sebanyak RM3,000 bagi taska insititusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti manakala RM800 untuk pengusaha taska di rumah.

Bantuan itu untuk meringankan beban pengurusan taska dan membantu proses pengoperasian mereka seperti menanggung kos disinfeksi taska atau barang-barang keperluan lain agar taska dapat mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA

Berita Harian X