Isnin, 23 Ogos 2021 | 9:03am
Maimunah Abd Samad, 58, mengalihkan ampaian kain di rumahnya yang banjir akibat ban pecah dan hujan lebat, ketika tinjauan BERNAMA di sekitar kawasan Jalan Alor Pongsu-Selama dan Kampung Parit Simpang 5 semalam. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir di Perak meningkat

IPOH: Mangsa banjir di Perak mencatatkan sedikit peningkatan dengan 291 orang daripada 79 keluarga berbanding 284 semalam yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah pagi ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata terdapat peningkatan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian iaitu seramai 111 mangsa daripada 26 keluarga berbanding 104 mangsa semalam.

"Di daerah Larut, Matang dan Selama, PPS SK Alor Pongsu pula menempatkan 68 orang daripada 19 keluarga manakala jumlah mangsa di PPS SK Matang pula tidak berubah dengan 102 orang daripada 32 keluarga ditempatkan di situ," menurutnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di daerah Kampar jumlah mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 turut tidak berubah dengan 10 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS berkenaan. – BERNAMA

Tinjauan udara unit Foto NSTP menggunakan dron berdekatan lebuh raya di Jalan Alor Pongsu yang dinaiki air berikutan kejadian ban pecah dan hujan lebat. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Penduduk, Md Yasin Shaari, 57, menyelamatkan barangan rumahnya yang dinaiki air ketika tinjauan di sekitar kawasan Jalan Alor Pongsu. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Beberapa kawasan masih dinaiki air ekoran kejadian ban pecah dan hujan lebat ketika tinjauan di sekitar kawasan Jalan Alor Pongsu-Selama. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Kanak-kanak bermain air sambil diawasi ibu mereka ketika tinjauan berdekatan lebuh raya di Jalan Alor Pongsu-Selama, semalam. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Kanak-kanak bermain air sambil diawasi ibu mereka ketika tinjauan berdekatan lebuh raya di Jalan Alor Pongsu-Selama, semalam. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Tinjauan udara unit Foto NSTP menggunakan dron berdekatan lebuh raya di Jalan Alor Pongsu yang dinaiki air berikutan kejadian ban pecah dan hujan lebat. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Tinjauan udara unit Foto NSTP menggunakan dron berdekatan lebuh raya di Jalan Alor Pongsu yang dinaiki air berikutan kejadian ban pecah dan hujan lebat. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Berita Harian X