Rabu, 4 Ogos 2021 | 8:22pm
Sebahagian pesakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tanjung aChat, Kelantan. - Foto NSTP
Sebahagian pesakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tanjung aChat, Kelantan. - Foto NSTP

Budak 1 tahun cetus kluster baharu - KKM

PUTRAJAYA: Kes indeks membabitkan kanak-kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan terbaru seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan.

Beliau berkata, sehingga kini kluster itu sudah menjangkiti seramai 34 individu.

"Kes indeks kluster ini mempunyai gejala sejak 22 Julai lalu dan kemudiannya dilaporkan positif virus empat hari kemudian dengan sehingga kini seramai 51 kontak rapat sudah disaring oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Terdapat 35 kluster baharu dikesan KKM hari ini membabitkan 20 kluster komuniti, tempat kerja (14) dan aktiviti keagamaan (satu)," katanya.

Mengenai kluster lain yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster daripadanya membabitkan aktiviti ziarah, rentas negeri (dua) dan majlis pengebumian (satu).

"Bagi kluster ziarah ketika perayaan sehingga kini sudah menjangkiti seramai 92 individu.

"Kluster itu dikenali Kluster Kampung Changgong Melawi, Kluster Kampung Belimbing Jeli di Kelantan dan Kampung Belum Baru di Perak.

"Bagi dua kluster rentas negeri, ia dikenali Kampung Tanah Lot Merchang di Terengganu dan Pahang iaitu kes indeks mempunyai sejarah rentas negeri bagi menghadiri satu majlis perkahwinan dan sudah menjangkiti 43 individu," katanya.

Beliau berkata, kluster kedua pula dikenali Kluster Samak Melintang di Perak yang sudah menjangkiti 14 individu.

Berita Harian X