Jumaat, 23 Julai 2021 | 11:22pm
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menafikan beliau ada membuat tempahan nasi kandar atau turut dikenali sebagai nasi ‘ganja’ dari sebuah restoran terkenal di Ipoh menggunakan helikopter, seperti yang tular di media sosial. - Foto FB Tengku Zafrul

Tengku Zafrul nafi tempah nasi ganja Ipoh

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menafikan beliau ada membuat tempahan nasi kandar atau turut dikenali sebagai nasi 'ganja' dari sebuah restoran terkenal di Ipoh menggunakan helikopter, seperti yang tular di media sosial.

Tengku Zafrul berkata, gambar beliau sedang menikmati nasi itu yang ditularkan itu adalah gambar lama yang diambil pada Disember tahun lalu.

"Lucu bila terima mesej WhatsApp yang dihantar, kononnya saya tempah nasi ganja dari Ipoh guna helikopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi berkenaan pada Disember tahun lalu, tapi dipotong bahagian tarikh.

"Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi daripada tempah guna helikopter, baik guna khidmat penghantaran yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandar Runner dan lain-lain, boleh juga bantu usahawan kecil," kata beliau melalui Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul turut berkongsi gambar yang tular itu, yang memaparkan beliau sedang menikmati makanan itu serta gambar sebuah helikopter yang tertera ayat "ambil pesanan 'nasi ganja' guna helikopter', beserta gambar sebenar ketika ia dirakamkan.

Berita Harian X