Isnin, 28 Jun 2021 | 7:17pm
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

PEMULIH: Bantuan Khas Taska RM3,000

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan itu turut membabitkan, 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemberian bantuan itu dapat digunakan untuk pelbagai tindakan antaranya keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyah kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gimnasium, boling, futsal yang turut terkesan dan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, Muhyiddin juga berkata, kerajaan turut bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua pengusaha kantin berdaftar.

Berita Harian X