Ahad, 30 Mei 2021 | 3:32pm

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak direman 2 hari

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni, direman dua hari bagi membantu siasatan kes kenyataan melalui video secara langsung dalam YouTube, yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar, berkata Iswardy direman bermula hari ini selepas ditahan sepasukan polis, malam tadi.

"Dia ditahan dalam serbuan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, di kediamannya pada jam 11 malam.

"Siasatan sedang dijalankan berhubung kenyataan yang disyaki dikeluarkan olehnya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dev berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita Harian X