X
Sabtu, 22 Mei 2021 | 12:18pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

BSN masih tawar bantuan bayaran bersasar

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) masih menawarkan Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan serta Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar bagi membantu pelanggannya yang berdepan kesulitan dalam meneruskan pembayaran ansuran bulanan pinjaman atau pembiayaan.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy, berkata masih ramai pelanggannya yang terjejas akibat pandemik COVID-19 walaupun sudah lebih setahun wabak berkenaan melanda seluruh negara.

"Keadaan ini semakin meruncing dengan peningkatan kes harian yang dicatatkan di seluruh negara sehingga menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Justeru, kita meminta pelanggan yang masih memerlukan bantuan untuk segera memohon bantuan ditawarkan BSN. Kami sedia membantu anda" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jay Khairil juga berkata, sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan.

Bagi memudahkan pelanggan, permohonan Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan atau Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar BSN boleh dibuat melalui laman web https://www.bsn.com.my/page/TRA.

Pelanggan juga boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900 atau emel ke covid19crd@bsn.com.my serta mengunjungi Cawangan BSN berdekatan.

Senarai Cawangan BSN yang dibuka sepanjang tempoh PKP boleh didapati di https://www.bsn.com.my/page/C19branchclosure.

Berita Harian X