Khamis, 6 Mei 2021 | 11:54pm
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani . - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani . - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Ditegah buat pemeriksaan rambang terhadap warga asing

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

"Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya," katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis. - BERNAMA

Berita Harian X