Selasa, 4 Mei 2021 | 4:43pm
Bazar Ramadan antara hotspot penularan wabak COVID-19. - Foto NSTP/AZIAH AZMEE
Bazar Ramadan antara hotspot penularan wabak COVID-19. - Foto NSTP/AZIAH AZMEE

1,660 lokasi berisiko tular COVID-19

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,660 lokasi berisiko kepada penularan COVID-19 dikenal pasti menerusi sistem amaran awal, iaitu 'Hotspots Identification for Dynamic Engagement' (HIDE).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu terus meningkat berbanding 1,170 lokasi hotspot pada minggu lalu.

"Ini intervensi awal kerajaan termasuklah melalui notis dikeluarkan HIDE seperti keperluan melaksana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang lebih ketat.

"Ini langkah kerajaan untuk memastikan intervensi kita yang lebih bersasar," katanya.

Katanya, hotspot yang sudah dikenal pasti itu termasuk pusat beli belah, pasar raya, bazar Ramadan dan pejabat.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan pelaksanaan sistem HIDE di Putrajaya, hari ini.

Berita Harian X