Ahad, 25 April 2021 | 1:02pm
Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. - NSTP/Asyraf Hamzah
Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. - NSTP/Asyraf Hamzah

SPRM syor akta baharu hukum penjawat awam punca ketirisan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengesyorkan satu akta baharu khusus untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam atau agensi yang mengakibatkan ketirisan, kesilapan dan kerugian seperti didedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, berkata pihaknya sedang merangka peruntukan undang-undang itu sebelum dibentangkan kepada kerajaan.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang berkenaan adalah bersifat 'misconduct in public office act' yang lebih khusus menangani isu ketirisan dan salah laku seperti didedahkan oleh dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Ini kerana SPRM mendapati tidak ramai pelaku, termasuk agensi atau jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti dilaporkan LKAN dibawa ke muka pengadilan, sedangkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, berkata pihaknya sedang merangka peruntukan undang-undang itu sebelum dibentangkan kepada kerajaan.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang berkenaan adalah bersifat 'misconduct in public office act' yang lebih khusus menangani isu ketirisan dan salah laku seperti didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil. - NSTP/Ghazali Kori
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil. - NSTP/Ghazali Kori

"Kita mahu mengetahui punca kerugian mengapa sesuatu keputusan diambil dan siapa yang membuat keputusan itu. Ada pihak perlu bertanggungjawab terhadap kerugian ini, lebihlebih lagi apabila membabitkan sejumlah besar dana kerajaan.

"Negara lain seperti Brunei dan Hong Kong sudah mempunyai akta ini dan adalah penting Malaysia mempunyai peruntukan sama kerana laporan audit sentiasa diterbitkan dan kita lihat banyak berlaku ketirisan serta kerugian besar.

"SPRM hanya menyiasat sekiranya dikesan ada unsur penyelewengan serta salah laku rasuah. Namun, bagaimana dengan tindakan terhadap isu salah laku lain yang dilaporkan LKAN dan adakah ia hanya dibiarkan dengan syor atau teguran sahaja," katanya kepada BH.

Shamsun Baharin berkata, melalui pemerhatian SPRM dalam laporan LKAN, terdapat banyak isu perlu ditangani dengan undang-undang terutama dalam soal 'perbelanjaan yang tidak perlu' oleh agensi dan jabatan kerajaan.

"SPRM sentiasa meneliti laporan LKAN dan melihat sesuatu perlu dilakukan. Banyak agensi kerajaan yang membeli peralatan atau aset tertentu tetapi tidak menggunakannya.

"Contohnya, sebuah jabatan penguat kuasa membeli beribu kasut yang bernilai ratusan ribu ringgit tetapi tidak digunakan, malah terpaksa dilupuskan. Apa tujuan sebenar ia dibeli dan tentu sekali ini mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

"Bagaimanapun, tiada siapa dipertanggungjawabkan meskipun laporan audit sudah membuat pendedahan," katanya.

Beliau menjelaskan, terserah kepada kerajaan untuk menerima deraf peruntukan akta baharu itu sama ada sebagai akta berasingan atau memasukkannya dalam akta sedia ada seperti Akta SPRM.

"Lulus atau tidak, ini perkara berlainan kerana ia bergantung kepada Parlimen, namun SPRM merasakan ia perlu diadakan.

"Jika tidak isu audit ini akan berlangsung sama sahaja, tiada tindakan boleh diambil kerana tiada peruntukan khusus terhadap mereka yang mendatangkan kerugian ini," katanya.

Beliau berkata, akta lebih khusus itu juga penting supaya setiap agensi dan jabatan kerajaan mengamalkan integriti yang tinggi dan berhati-hati terutama dalam membelanjakan wang kerajaan dan rakyat.

"Justeru, sebelum keputusan perolehan dibuat misalnya, pastikan ia benar-benar bermanfaat, melalui pertimbangan yang ketat dan bukannya sekadar berbelanja kerana sudah mempunyai peruntukan," katanya.

Berita Harian X