Isnin, 19 April 2021 | 3:07pm
Dr Adham menunjukkan statistik Tinjauan Vaksin COVID-19 2.0 : Setuju atau Tolak pada sidang media mengenai perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Ibu Pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19: Individu dijangkiti selepas terima vaksinasi hanya alami simptom ringan

KUALA LUMPUR: Semua individu yang disahkan positif COVID-19 selepas menjalani program inokulasi hanya mengetahui dijangkiti apabila ujian saringan dilakukan ke atas mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata individu yang mendapatkan suntikan dos pertama Pfizer hanya dikesan dijangkiti virus itu selepas mendapat simptom ringan saja.

"Begitu juga sembilan orang yang dikesan positif COVID-19 selepas mendapat suntikan dos kedua.

"Mereka hanya mengetahui dijangkiti selepas diuji," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), di sini, hari ini.

Adham berkata, keberkesanan vaksin Pfizer dilihat sangat tinggi dan meyakinkan untuk memberi perlindungan terhadap COVID-19.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham menjelaskan beliau akan melaporkan perkembangan mengenai epidemik COVID-19 serta trend jangkitan baharu di luar negara pada setiap minggu bermula hari ini.

Berita Harian X