Isnin, 19 April 2021 | 2:34pm

Sukarelawan kajian klinikal sudah terlindung

KUALA LUMPUR: Seramai 3,000 sukarelawan yang menyertai kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 dikategori sebagai sudah terlindung dan tidak perlu diberikan suntikan vaksin tambahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kajian membabitkan kumpulan sukarelawan itu akan berjalan sehingga 13 bulan dan mereka tidak boleh diberi suntikan vaksin.

"Mereka sudah mendapat imunisasi dan tidak perlu divaksin dengan vaksin lain seperti Pfizer atau Sinovac disebabkan ujian yang dijalankan memangnya dikhususkan untuk mereka.

"Kita anggap mereka sudah diberi perlindungan dan tidak boleh diberi suntikan tambahan kerana kajian yang berlangsung adalah selama 13 bulan.

"Kami nasihatkan mereka mengawasi penjagaan kendiri, kebersihan, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal," katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Golongan sukarelawan kajian klinikal tidak akan diberi suntikan tambahan vaksin COVID-19. - Foto hiasan
Golongan sukarelawan kajian klinikal tidak akan diberi suntikan tambahan vaksin COVID-19. - Foto hiasan
Berita Harian X