Isnin, 19 April 2021 | 2:09pm

Hanya lima peratus tolak terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Hanya lima peratus daripada lebih 15,000 responden yang menyertai tinjauan dalam talian Kementerian Kesihatan (KKM) menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah itu dilihat berkurangan berbanding dapatan tinjauan Disember lalu, yang merekodkan sebanyak 16 peratus tidak bersetuju dan 17 peratus tidak pasti menerima vaksin.

"Hasil dapatan tinjauan terbaharu ini juga mendapati, sebanyak 85 peratus bersetuju menerima vaksin manakala 10 peratus tidak pasti," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Tinjauan selama tiga minggu bermula 3 April lalu itu membabitkan seramai 15,639 respondan dengan 88.3 peratus sudah mendaftar sebagai penerima vaksin, 6.1 peratus sudah menerima vaksin dan 55.4 peratus golongan b40 serta 4.8 peratus bukan warganegara.

Dr Adham menunjukkan statistik Tinjauan Vaksin COVID-19 2.0 : Setuju atau Tolak semasa sidang media mengenai perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Ibu Pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X