Sabtu, 10 April 2021 | 2:24pm

Penolong Pengarang Berita BH menang sayembara penulisan novel

KUALA LUMPUR: Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid memenangi hadiah utama kategori novel bersama dua lagi pemenang Sayembara Penulisan Kuala Lumpur World Book City (KLWBC) 2020.

Beliau membawa pulang wang tunai RM14,000, sijil serta plak penghargaan, hasil karya novel bertajuk Kuala Lumpur di Sebalik Bulan.

Dua lagi pemenang adalah Mahizan Husain melalui karyanya, Menunggu Tuan Juragan Yang Belum Pulang dan Amer Hmzah L Kadir dengan novelnya Selarik Hikayat, turut menerima hadiah yang sama.

Hadiah disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia ke-2 (SKPM-2) di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran dan Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad.

Pada majlis sama, turut disampaikan hadiah Sayembara Penulisan KLWBC 2020.bagi kategori puisi.

Hadiah utama dimenangi, Jasni Matlani melalui puisi Minotaur Yang Bijaksana dalam Labirin Pulau Kami; Nazri Hussein atau Husna Nazri (Ratib Fakir dan Qasidah Zikir Terakhir) dan Indra Jokina (Dalam Mimpi Yang Bermimpi.

Pemenang kategori puisi turut menerima hadiah wang tunai RM14,000, sijil dan plak penghargaan.

Pemenang hadiah utama (kategori novel), Penolong Pengarang Berita, BH, Hafizah Ishazahanid, bergambar bersama plak dan sijil kemenangan ketika Sidang Kemuncak Penulis Nasional Malaysia di Rumah PENA, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.- Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pemenang hadiah utama (kategori novel), Penolong Pengarang Berita, BH, Hafizah Ishazahanid, bergambar bersama plak dan sijil kemenangan ketika Sidang Kemuncak Penulis Nasional Malaysia di Rumah PENA, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.- Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Berita Harian X