Sabtu, 10 April 2021 | 1:35pm
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. - Foto NSTP/ Ihsan Selangor Royal Office
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. - Foto NSTP/ Ihsan Selangor Royal Office

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin selesai dua dos vaksin

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan, berkata suntikan dos kedua itu dibuat selepas 21 hari baginda berdua menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 20 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut menerima suntikan dos kedua.

"Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas barisan hadapan di Selangor sudah mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

"Baginda turut menyeru sekalian rakyat jelata di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

"Baginda juga menggesa rakyat agar segera melakukan pendaftaran di aplikasi My Sejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan," katanya.

Berita Harian X