Isnin, 5 April 2021 | 9:58am
Radzi melawat SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B, hari ini. - Foto BERNAMA

Pelajar, guru perlu patuh SOP setiap masa

BANGI: Pelajar, guru dan warga sekolah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP ketika tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan mereka dan warga sekolah.

"Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, malah ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.

"Kita tekankan kepada pihak sekolah setiap SOP ditetapkan itu mesti dipatuhi dan murid perlu sentiasa diingatkan supaya mematuhi SOP," katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab di Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Pembukaan semula sekolah menengah semalam membabitkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B memulakan persekolahan hari ini.

Sementara itu, Radzi berpuas hati dengan perjalanan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan sekolah menengah hari ini. – BERNAMA

Berita Harian X