Rabu, 24 March 2021 | 2:08pm
Foto fail NSTP
Foto fail NSTP

Sabah, Kelantan paling rendah daftar penerima vaksin

KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera dicatatkan seramai 6.4 juta sehingga hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Laporan Harian Jumlah Pendaftaran Vaksin menyatakan pendaftaran dari Kelantan dan Sabah, masih rendah.

Seramai 173,820 sudah mendaftar di Kelantan manakala di Sabah hanya 290,084 berdaftar.

Selangor menjadi negeri paling ramai mendaftar untuk menjadi penerima vaksin dengan 1.84 juta orang.

KKM menasihatkan orang ramai mendaftar awal untuk memudahkan janji temu diatur di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat.

Daftar melalui MySejahtera, laman https://t.co/BuaBwXu8H6 atau 1800-888-828 https://t.co/U4Cpp6il7g.

Berita Harian X