Isnin, 8 March 2021 | 9:46pm
Skuadron 502 Fennec TLDM memperkukuhkan jaringan keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak. - Foto ihsan TLDM
Skuadron 502 Fennec TLDM memperkukuhkan jaringan keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak. - Foto ihsan TLDM

Skuadron 502 Fennec TLDM kawal perairan

KOTA KINABALU: Pemantauan keselamatan di perairan Sabah kini dapat diperkasakan dengan kehadiran helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan beroperasi di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) Teluk Sepangar.

Helikopter ini tiba di PTKK dari Markas Pemerintahan Armada Barat semalam dengan menggunakan kapal TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya, Datuk Sabri Zali, berkata penggunaan aset udara seperti helikopter sangat berkesan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut.

Sabri (kanan) menerima kunjungan Komander TLDM Fairul Mohd Shukor TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto ihsan TLDM
Sabri (kanan) menerima kunjungan Komander TLDM Fairul Mohd Shukor TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto ihsan TLDM

Selain itu, aktiviti penyeludupan barangan asas dan pencerobohan nelayan asing ke perairan Sabah juga dapat dikekang.

"Helikopter ini akan turut membantu mempertingkatkan keupayaan armada kapal TLDM melalui latihan bersama pesawat seperti Deck Landing Training (DLT), Winching Exercise (Winchex), Naval Gun Fire Support (NGS) Spotter dan lain-lain lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sabri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah Skuadron 502 yang mengoperasikan Fennec, Komander TLDM Fairul Mohd Shukor di pejabat beliau di Teluk Sepanggar.

Berita Harian X