Isnin, 22 Februari 2021 | 12:27pm
Calon SPM, SMK Tengku Menteri Changkat Jering, Muhammad Nor Azli Rashdan Idris (kanan) menerima sumbangan kit sarapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud. - Foto/Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi
Calon SPM, SMK Tengku Menteri Changkat Jering, Muhammad Nor Azli Rashdan Idris (kanan) menerima sumbangan kit sarapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud. - Foto/Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi

COVID-19 bukan alasan, ambil SPM demi masa depan

TAIPING : "Dalam suasana pandemik COVID-19 ini, semua pelajar yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedia atau tidak, tetap kena ambil kerana peperiksaan ini yang akan menentukan masa depan kami kelak, " kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri Changkat Jering, Muhammad Nor Azli Rashdan Idris, 17.

Muhammad Nor Azli berkata, biarpun semua sedia maklum mengenai risiko COVID-19, namun itu bukan alasan untuk seseorang calon tidak hadir atau tidak mengambil peperiksaan SPM.

"Semua calon termasuk saya wajib ambil SPM, tiada lagi dolak dalih. Paling penting, tawakal dan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan guru dan pihak kerajaan.

"COVID-19 bukan alasan untuk kami tidak menduduki peperiksaan," katanya ditemui media selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Muhammad Nor Azli mengakui, sistem pembelajaran semua calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini agak terkesan angkara pandemik COVID-19, namun bersyukur keprihatinan kerajaan melalui pelbagai program diperkenalkan.

"Kelas Tusyen Cikgu Saarani misalnya, sedikit sebanyak membantu pelajar mengulangkaji pelajaran di saat akhir sebelum menduduki peperiksaan hari ini.

"Banyak manfaat dan ilmu yang kami dapat. Insya-Allah kami cuba buat sehabis baik dan sasaran saya dalam SPM ini sekurang-kurangnya 7A ke atas," katanya.

Sementara itu, Ahmad Saidi berkata kunjungannya itu adalah sebagai memberi motivasi dan semangat kepada pelajar serta turut menyampaikan sumbangan kit sarapan lengkap dengan pelitup muka kepada semua calon SPM di sekolah itu.

Berita Harian X