Khamis, 18 Februari 2021 | 6:16pm
GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Boleh akad nikah di masjid di negeri PKP, kehadiran 20 orang

KUALA LUMPUR: Majlis akad nikah di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh juga diadakan di masjid selain di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 20 tetamu tidak termasuk jurunikah dan saksi dibenarkan untuk majlis terbabit di masjid.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) pula, had maksimum jumlah kehadiran upacara akad nikah dibenarkan sebanyak 50 peratus mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal satu meter.

"Bagi kawasan PKPP pula, upacara pernikahan dibenarkan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal sejauh satu meter," katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya, dekat sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi upacara pernikahan dan majlis resepsi bukan Islam pula, ia akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Berita Harian X