Jumaat, 5 Februari 2021 | 8:34pm

COVID-19: IMR kaji sampel alternatif untuk RTK-Antigen

PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang mengkaji sampel alternatif untuk RTK-Antigen.

Ketika ini, kedua-dua ujian RT-PCR dan RTK-Antigen menggunakan sampel yang diambil hasil calitan pada hidung dan tekak.

Ketua Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, IMR, Dr T Ravindran, berkata pihaknya sudah membuat pemantauan terhadap penggunaan air liur pada awal pagi dan kahak dalaman sebagai sampel alternatif untuk ujian RT-PCR.

"Keputusan ujian mendapati sampel berkenaan sama baik dengan sampel hidung dan tekak yang digunakan ketika ini.

"Penemuan ini bakal mengurangkan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

"Ketika ini, IMR sedang melihat untuk penggunaan sampel in bagi ujian RTK-Antigen," katanya pada sesi taklimat pada Libat Urus darurat COVID-19, yang dijalankan secara maya, hari ini.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Berita Harian X