Ahad, 24 Januari 2021 | 4:41pm

COVID-19: 10 lagi sekolah di Terengganu diarah tutup

KUALA TERENGGANU: Sepuluh lagi sekolah rendah di daerah ini diarahkan tutup seminggu mulai hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan susulan terdapat kes positif COVID-19 dilaporkan.

Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Penutupan sekolah berkenaan disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengarahkan SK Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) dan SK Paloh ditutup selama 14 hari bagi proses sanitasi susulan terdapat kes positif COVID-19.

Arahan penutupan sekolah itu dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berita Harian X