Rabu, 13 Januari 2021 | 11:41pm
Pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya lengang berikutan hampir semua premis terpaksa ditutup selepas kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk di Putrajaya. FOTO NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya lengang berikutan hampir semua premis terpaksa ditutup selepas kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk di Putrajaya. FOTO NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Pusat beli belah lengang di kawasan PKP

PUTRAJAYA: LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini menjadikan banyak tempat tumpuan dan pusat komersial menjadi lengang.

Tinjauan di pusat beli belah Alamanda di sini turut lengang, sekali gus menyebabkan kebanyakan peniaga kecil menutup perniagaan mereka.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahagian Putrajaya, Norsyahrin Hamidon, berkata peniaga setiap hari mempunyai sasaran aliran tunai bagi perniagaan mereka.

"Ketika PKP, ramai tidak keluar rumah atau kurang berkunjung ke pusat membeli belah, maka tidak ada gunanya mereka berniaga.

"Peniaga ini berniaga berdasarkan sasaran aliran tunai, jika sasaran sehari itu tidak dapat dicapai lebih baik mereka tutup perniagaan.

"Kita harap tempoh ini tidak berpanjangan, jika tidak ia akan memberi peniaga masalah seperti Mac lalu apabila mereka tidak mampu bertahan dan akhirnya terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tiada lagi pendapatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norsyahrin berkata, peniaga turut merungut dengan mendakwa arahan dikeluarkan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bercanggah sehingga mengelirukan peniaga.

"Diharapkan kerajaan dapat mengeluarkan dengan segera arahan jelas kepada peniaga," katanya.

Berita Harian X