Khamis, 7 Januari 2021 | 11:38am
Keadaan banjir di kawasan Bukit Mentok, Kemaman. - NSTP/Ihsan pembaca
Keadaan banjir di kawasan Bukit Mentok, Kemaman. - NSTP/Ihsan pembaca

31,379 mangsa banjir, 372 pusat pemindahan di 6 negeri

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir melanda negara bertambah buruk dengan 31,378 mangsa daripada 8,226 keluarga dipindahkan di enam negeri hari ini.

Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara menunjukkan 372 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi untuk menempatkan semua mangsa itu di 27 daerah membabitkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Anggota bomba ketika membantu memindahkan penduduk di Kampung Tempurung, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Anggota bomba ketika membantu memindahkan penduduk di Kampung Tempurung, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

"Sehingga kini, bilangan mangsa yang maut akibat banjir ialah dua di Kluang, Johor membabitkan lelaki dan perempuan dewasa, manakala di Jerantut, Pahang pula seorang mangsa lelaki dewasa," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Pahang membabitkan Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Amaran berwaspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang) serta Johor (Kluang, Kulai, Johor Bahru).

Tinjauan mendapati laluan utama ke Pekan Rantau Panjang dinaiki air susulan banjir gelombang ketiga akibat paras air Sungai Golok meningkat melebihi paras bahaya. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Tinjauan mendapati laluan utama ke Pekan Rantau Panjang dinaiki air susulan banjir gelombang ketiga akibat paras air Sungai Golok meningkat melebihi paras bahaya. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

METMalaysia juga menjangkakan amaran berwaspada dengan hujan lebat dijangka sehingga 9 Januari ini di Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran).

Penduduk membersihkan sebahagian barangan yang terjejas akibat banjir di Kampung Lechar, Raub. - NSTP /Mohd Yusni Ariffin
Penduduk membersihkan sebahagian barangan yang terjejas akibat banjir di Kampung Lechar, Raub. - NSTP /Mohd Yusni Ariffin

Berita Harian X