Khamis, 7 Januari 2021 | 9:52am
Keadaan banjir di kawasan Bandar Baru Bukit Mentok. - NSTP/Zatuliffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Bandar Baru Bukit Mentok. - NSTP/Zatuliffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Banjir di Terengganu makin buruk

CHUKAI: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 5,243 orang daripada 1,326 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga jam 8 pagi tadi, kesemua mangsa dipindahkan ke 39 PPS yang dibuka di lima daerah iaitu Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Malam tadi, jumlah mangsa banjir adalah seramai 3,694 orang daripada 968 keluarga ditempatkan di 34 PPS.

Secara keseluruhan, semua mangsa banjir di empat daerah terjejas kecuali Setiu menunjukkan pertambahan mangsa berbanding malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 4,074 mangsa daripada 988 keluarga ditempatkan di 21 PPS.

"Malam tadi, seramai 2,658 mangsa daripada 660 keluarga dipindahkan di 19 PPS di daerah berkenan.

Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan bot bagi menyelamatkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun semalam. - Foto BERNAMA
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan bot bagi menyelamatkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun semalam. - Foto BERNAMA

Penternak Kerbau, Derus Sulaiman, 48, berusaha menyelamatkan kerbau ternakannya selepas kandang haiwan berkenaan ditenggelami banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun semalam. - Foto BERNAMA
Penternak Kerbau, Derus Sulaiman, 48, berusaha menyelamatkan kerbau ternakannya selepas kandang haiwan berkenaan ditenggelami banjir di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun semalam. - Foto BERNAMA

"Di Dungun, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 849 mangsa daripada 244 keluarga di sembilan PPS manakala di Hulu Terengganu, enam PPS diaktifkan bagi menempatkan 219 mangsa daripada 67 keluarga.

"Sebanyak dua PPS diaktifkan di Besut bagi menempatkan 94 mangsa daripada 23 keluarga berbanding 45 mangsa terdiri daripada 11 keluarga di dua PPS sama.

" Jumlah mangsa banjir di Setiu kekal seramai tujuh mangsa daripada empat keluarga dipindahkan di satu PPS," katanya.

Sementara itu, 10 sungai di Terengganu direkodkan melepasi paras bahaya iaitu tiga di Kemaman serta masing-masing dua di Dungun, Besut dan Hulu Terengganu serta satu di Setiu.

Ketika ini, beberapa batang sungai menunjukkan trend menaik.

Berita Harian X