Selasa, 5 Januari 2021 | 1:32pm
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Felda Seberang Tayor bersiap untuk pulang ke rumah selepas banjir reda. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Felda Seberang Tayor bersiap untuk pulang ke rumah selepas banjir reda. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Mangsa banjir di Kemaman mula pulang ke rumah

CHUKAI: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman berkurangan kepada 876 orang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Kesemua mangsa daripada 273 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata sebelum ini, Kemaman merekodkan 920 mangsa daripada 285 keluarga di lapan PPS.

"Pengurangan itu susulan penutupan PPS Masjid Tebak Batu 16 membabitkan 44 mangsa daripada 12 keluarga.

"Ketika ini, lapan PPS yang dibuka adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Teladas, Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Haji Othman, DOR Felda Seberang Tayor, DOR Pasir Gajah dan Balairaya Padang Kemunting.

"Ketika ini, hujan renyai-renyai di beberapa tempat," katanya.

Berita Harian X