Isnin, 28 Disember 2020 | 4:31pm
KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap pada Program Perasmian Persidangan Meja Bulat Menyantuni Kemiskinan Bandar hari ini.UNICEF baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan bertajuk 'Families On The Edge'. Laporan ini mengkaji impak COVID-19 kepada keluarga berpendapatan rendah yang mengambil sampel daripada 530 keluarga yang tinggal di projek perumahan awam (PPR) di Kuala Lumpur. Laporan tersebut antaranya menyentuh tentang keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19.Justeru, MAIWP terpanggil untuk mengadakan persidangan ini, bagi mengkaji dan meneliti keberkesanan agihan bantuan yang telah diberikan oleh setiap agensi selama ini dan merangka strategi pengagihan bantuan yang lebih mampan dan bersistematik agar sampai kepada golongan sasar.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Agama Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kiri), membuat lawatan ke kilang menyimpan daging beku di Segambut. - Foto Fathil Asri

Kartel daging sejuk beku: Kerajaan pertimbang tubuh RCI

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kemasukan daging sejuk beku yang diragui status halalnya ke negara ini yang dikatakan berlarutan sejak puluhan tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata kewajaran penubuhan RCI itu akan dibincangkan dalam pertemuan membabitkan kementerian berkaitan dalam masa dua tiga hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, melalui pertemuan itu kelak, semua pihak akan melihat mana-mana kelemahan yang ada untuk diperbaiki dalam aspek status halal bekalan daging import di negara ini.

"Saya tidak kata perlu atau tidak (RCI) kerana perkara ini perlu didalami dengan baik dahulu dan saya tidak akan mengambil masa lama untuk menanganinya.

"Saya akan duduk semeja dengan JAKIM dan beberapa kementerian untuk melihat mana kelemahan untuk diperbaiki dan mengambil tindakan segera dalam bidang kuasa JAKIM dan kementerian lain secara bersepadu, " katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkifli mengadakan lawatan ke sebuah kilang pengimport daging sejuk beku di sini.

Berita Harian X