Isnin, 7 Disember 2020 | 12:13am
Muhammad Syafiq sebak ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu bedah siasat anak lelakinya dan ibu mentuanya di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. - NSTP/Danial Saad
Muhammad Syafiq sebak ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu bedah siasat anak lelakinya dan ibu mentuanya di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. - NSTP/Danial Saad

Muhammad Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu

NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata penyerang Johor Darul Tak'zim (JDT) berkenaan dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

"Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

"Ekoran itu menyebabkan tiga penumpang terdiri dari bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia maut di lokasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe (kiri) menenangkan Muhammad Syafiq ketika menziarahi di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. - NSTP/Danial Saad
Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe (kiri) menenangkan Muhammad Syafiq ketika menziarahi di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. - NSTP/Danial Saad

Ahli keluarga menuntut jenazah Zainab dan Muhammad Saqeef, di Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal, untuk dikebumikan di Pendang, Kedah, petang tadi. - NSTP/Danial Saad
Ahli keluarga menuntut jenazah Zainab dan Muhammad Saqeef, di Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal, untuk dikebumikan di Pendang, Kedah, petang tadi. - NSTP/Danial Saad

Muhammad Syafiq menyiram air mawar ke pusara anaknya Muhammad Aisy Saqeef yang dikebumikan dalam satu liang lahad bersama neneknya Zainab Wahab, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing di Pendang. - Foto BERNAMA

Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

"Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang memandu MPV berkenaan dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

MPV milik Muhammad Syafiq yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. - Foto Bomba
MPV milik Muhammad Syafiq yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. - Foto Bomba

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah pemain bola sepak terbabit.

Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef dikebumikan di Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang.

Jenazah pembantu rumah itu pula sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Muhammad Syafiq sebak di sisi jenazah anaknya yang berusia 22 hari dan jenazah ibu mentuanya Zainab Wahab, yang baru tiba di Kampung Padang Pusing dari Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. - Foto BERNAMA

Berita berkaitan:

  • Jenazah ibu mentua, anak Muhammad Syafiq dikebumikan
  • Moga Syafiq tabah hadapi ujian
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq dibawa ke Pendang
  • Bendera kelab JDT di pasang separuh tiang
  • Tak sempat jumpa cucu lelaki sulung
  • Tunku Mahkota Johor ucap takziah kepada pemain JDT
  • FAM, JDT ucap takziah buat Syafiq
  • Penyerang JDT terbabit kemalangan, bayi maut
  • Berita Harian X