Ahad, 6 Disember 2020 | 10:16pm
Muhammad Syafiq menyiram air mawar ke pusara anaknya Muhammad Aisy Saqeef yang dikebumikan dalam satu liang lahad bersama neneknya Zainab Wahab, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, Pendang. - Foto BERNAMA

Jenazah ibu mentua, anak Muhammad Syafiq dikebumikan

PENDANG: Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan Bukit Murai, Padang Pusing, di sini selepas jenazah ibu mentua dan bayi lelaki pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, dikebumikan selepas solat Maghrib, tadi.

Jenazah Zainab Wahab, 46, dan cucunya, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, dikebumikan dalam satu liang pada jam 8.20 malam.

Turut hadir dalam majlis pengebumian itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar dan beberapa pemain bola sepak Kedah.

Muhammad Syafiq kelihatan sangat sedih, namun tabah ketika menjirus air mawar ke pusara ibu mentua dan anak keduanya itu.

Muhammad Syafiq memangku dan memeluk erat jenazah anaknya Muhammad Aisy Saqeef Muhammad Syafiq untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, Pendang. - Foto BERNAMA

Terdahulu, jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef disembahyangkan di rumah mereka di Jalan Padang Pusing di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Muhammad Syafiq dan berharap beliau dapat menerima ujian ini dengan sabar, reda dengan apa yang berlaku.

"Kerajaan negeri berdukacita dan bersimpati di atas nasib yang dialami Muhammad Syafiq dan diharap beliau dapat sokongan moral dari rakan bola sepak dan di kampung untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Jenazah Muhammad Aisy Saqeef dikebumikan dalam satu liang lahad bersama neneknya Zainab Wahab, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, Pendang. - Foto BERNAMA

Muhammad Syafiq menyiram air mawar di pusara ibu mentuanya dan anak lelakinya di Padang Pusing, Pendang. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Berita berkaitan:

  • Muhammad Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu
  • Moga Syafiq tabah hadapi ujian
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq dibawa ke Pendang
  • Bendera kelab JDT di pasang separuh tiang
  • Tak sempat jumpa cucu lelaki sulung
  • Tunku Mahkota Johor ucap takziah kepada pemain JDT
  • FAM, JDT ucap takziah buat Syafiq
  • Penyerang JDT terbabit kemalangan, bayi maut
  • Berita Harian X