Ahad, 6 Disember 2020 | 5:10pm
Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki Muhammad Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Padang Murai, Padang Pusing. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki Muhammad Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Padang Murai, Padang Pusing. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat

PENDANG: Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad dijangka dikebumikan dalam satu liang lahat.

Bapa mentuanya, Norain Shahadan, 50, berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu kepulangan jenazah isterinya, Zainab Wahab, 46, dan cucunya, Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari, yang dijangka tiba di Jalan Padang Pusing, tidak lama lagi.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing selepas ahli keluarga memberi penghormatan terakhir untuk jenazah.

"Apapun berlaku saya tetap reda...Saya dah minta orang kampung uruskan semua (liang)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Pusing, hari ini.

Tinjauan di kediaman keluarga mentua Muhammad Syafiq mendapati ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung memenuhi perkarangan kawasan itu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal yang meragut tiga nyawa, Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Berita berkaitan:

  • Moga Syafiq tabah hadapi ujian
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq dibawa ke Pendang
  • Bendera kelab JDT di pasang separuh tiang
  • Tak sempat jumpa cucu lelaki sulung
  • Tunku Mahkota Johor ucap takziah kepada pemain JDT
  • FAM, JDT ucap takziah buat Syafiq
  • Penyerang JDT terbabit kemalangan, bayi maut
  • Berita Harian X